Name band2 spt Bittersweet,OAG,The Times,TWKUA(They will kill us all),MUCK dan HARMACY sudah cukup utk peminat muzik indie utk menonton gig atau mini konsert yg berlansung di dewan bulan sabit merah.A Perfect tour kini berada dilokasi akhir sebelum tour ini diteruskan ke sabah dan serwak.dgn ditemani beberapa org teman,kami ke masuk ke dalam dewan lebey kurang 2.30 ptg.kelihatan harmacy sedang menghiburkan audience yang saya fikir mereka melakukannya dgan baik sekali..permainan mereka tight dan cukup menhiburkan.tidak cukup dgn set mereka pada hari tersebut,crowd mula meminta encore dan harmacy dgn coolnya membawa 2 buah lagu termasuk sebuah cover dari dinasour jr dan lagu mereka dari ep here to here bertajuk im not done.
Kini tiba giliran OAG naik ke pentas dan crowd mula berubah menjadi aggresif apabila radhi oag naik pentas.persembahan mereka baik dan crowd sing along dari awal persembahan hingga akhir.setelah selsai persembahan OAG,crowd masih meminta encore.radhi kembali ke pentas dan meminta crowd menyebut namanya berulang kali sebelum berlari menyorok disebalik langsir dan kembali semula utk menyampaikan lagu berhantu OAG sendiri,60`s TV.ternyata menonton aksi slumber radhi mgm menghiburkan dan crowd ternyata berpuas hati
Muck naik kepentas dgn tergesa-gesa kerana mungkin mengejar masa slot 20 minit persembahan mereka pada hari itu.Permainan mereka ok. namun terdapat kekurangan pada bahagian sound dimana vocal duktoi tidak begitu jelas.namun crowd tetap sporting dgn sing along2 lagu hits mereka.kini tiba giliran
TWKUA naik ke pentas.ini adalah kali pertama mereka bermain diluar kuala Lumpur dan kali pertama saya menyaksikan mereka secara live dan ternyata mereka tidak menghampakan.Persembahan mereka baik sekali.
Tiba giliran The Times naik ke pentas tanpa kelibat alim.persembahan mereka sangat menarik dan kool dan serta membuat crowd sing along bersama walaupun pada awalnya the times spt menghadapi masalah pada gitar dan naza spt "bergaduh" dgn pemain bass.
Band of the hour,Bittersweet naik ke pentas dan memainkan lagu2 dari album terbaru mereka, A Perfect Match.Mutu permainan yg baik serta persembahan yg berwarna warni berjaya memukau crowd.Ternyata mereka mempunyai aura tersendiri utk menhiburkan crowd walaupun terdapat nama2 besar spt OAG dan The Times yg bermain pada pentas yg sama.sebelum menyampikan lagu terakhir mereka ,bekalan elektrik terputus buat seketika dan kembali pada asal berapa minit kemudian.Bittersweet mengakhiri persembahan mereka dgn penuh bergaya
Keseluruhanya diharapkan gig-gig berkualiti spt ini dapat diadakan selalu.
3 comments:
allop azim. nice blog.
loser, eh? you're not alone. hehe. selamat berkenalan.
allop :)
thanks for viewing my blog dude.mine not really a nice blog.
Post a Comment