Thursday, April 01, 2010

last post

salam. dah lama tak update blog.been busy and pretty much occupied.saya menutup laman blog ini utk membuka laman yg lain.

terima kasih

............................................

Wednesday, November 11, 2009

Exam and assignment submission weeks~ duh

Rain is still pouring outside as I gaze out to my room windows.the room feel a lil bit cold.so do my hot Nescafe.i just finished my assignment although the dateline was last week’s. Somehow I manage to get extension from my project supervisor.just need to talk the right way and here you go, the extra time :)

Exam is coming! Perhaps it is better for me to start my revision~~

Saturday, November 07, 2009

perihal teman2 saya - Part 1

Saya kini berada di kampung.sebuah taman perumahan yg agak lama disebuah daerah kinta.saya tinggal disana sejak saya berusia tujuh tahun lagik dan merupakan anatara penduduk awal di situ.jadi saya mengenali hampir kesemua jiran2 terdekat saya.sewaktu saya berumur 7-8 tahun saya mempunyai seorang teman baik yg bernama ajat.ajat duduk dibelakang rumah saya dan kami sering bermain bersama-sama.paling notable kami selalu bermain perang-perang bersama rakan2 yang lain.ada sekali kami berperang dgn budak-budak kampung sebelah dan berlakunya pertumpahan darah.selain ajat saya mempunyai seorang lagi teman baik bernama muzamil. Muzamil yg lebih mesra dipanggil mil adalah seorang yg lebih tua dari saya.kalau tak silap tua dalam 2-3 tahun.mil pelindung saya dan ajat.he is a fuckin cool dudes yg selalu melindungi saya dan ajat dari so-called bad ass kat kampung saya.seorang yg ramah dan selalu berada di samping saya.saya ajat dan mil berkawan baik sehingga pada satu hari keluarga muzamil berpindah ke kedah.Ajat pula berpindah mengikut “keluarga” berpindah ke cameron highlands utk berapa tahun dan akhirnya pindah semula di kampung saya.ketika itu hubungan kami tidak rapat seperti dulu.saya sedar ajat mempunyai pelbagai masalah dan terpaksa menghadapi semua dugaan dan cabaran sendirian.tanpa bantuan dan bimbingan sesiapa!!! He is one helluva man.rajin berkerja dan setia kepada keluarga dan rakan-rakan.insya-Allah saya fikir dia akan berjaya kelak.be strong dude!!

Selepas ajat dan muzamil.saya tidak mempunyai rakan-rakan dikampung kerana saya telah bersekolah di sebuah sekolah premier di bandar ipoh.saya tidak lagi melepak bersama budak2 kampung saya kononnya saya fikir uncool. Iyelah time tu zaman rapcore.zaman-zaman limp bizkit naik.haha.budak-budak dikampung masih lagi memakai seluar bawah besar ala-ala tujuh puluhan walhal trend budak2 urban ketika itu berseluar jeans baggy dan berkap NY terbalik ala-ala fred dust front limp bizkit.urban lah sangat2.lagi satu banyak masa dihabiskan disekolah.trave time dan balik.hampir sepuluh jam masa dihabiskan utk pergi dan balik ke sekolah.jadi masa utk menemui teman2 sewaktu kecil sudah semakin sukar.saya banyak menghabiskan bersama teman satu sekolah.dari pop backstreet boys dan 911 saya mula mengenali genre muzik yg lain.rapcore dan hardcore!!! Dari situ saya mula membuka minda mendengar muzik dari genre-genre lain.ok saya akan ceritakan evolusi muzik saya pada entry yg lain dan siapakah hantu2 yg membuatkan duit belanja sekolah saya habis membeli kaset2 dan cd original.

Selepas tamat tingkatan lima,saya meneruskan pengajian di sebuah kolej dibandar ipoh.masa saya banyak dihabiskan dikelas dan selebihnya membantu ibu saya menguruskan perniagaan.ketika itu skate scene mula melanda kampung saya.bayangkan budak-budak kampung yg dulu kaki wheelie basikal dah mula main skate. memandangkan scene masih baru saya akan melepak bersama budak2 kampung yg sungguh uncool bermain skate.lagi-lagi pada hari pasar malam dimana skater2 ni akan tunjuk skill2 maut depan awek-awek.haha.lawak sial!!! Dari skate park saya mengenali iju,salehan,yan,apiz,abe dan ramai2 lagi skaters dari kampung sebelah dan seterusnya menjadi hang out places bagi remaja aliran baru dikampung.haha. daripada dua pioneer skater,bilangan skater makin ramai.paling tua bernama manot.manot berusia 18 tahun ketika itu dan sedang berada di dalam tingkatan enam bawah.seorang yg rock kapak habis!! Bayangkan skater rock kapak.gila rare beb!! Kadang2 ada seorang budak kampung sebelah yg melepak bersama kami.nama dia usin.first impression saya mamat ni mat motor sejati.cakap dia agak kasar dan muka mcm berlagak.konon2 tough guy.padahal badan kering!! Tapi lepas lama2 lepak saya dapati husin bukan lah mat motor hati keras tapi seorang yg ok lah jugak.kebetulan kami mempunyai minat yg sama serta mengunakan handphone yg sama eg the legendary n-gage.pada tahun 2004 bukan semua orang mampu mengunakan talifon kaler screen dan mp3 ringtones serta bermain game via bluetooth connection.ramai lagi masih mengunakan talifon nokia 3310 dan saya dan husin berada dikelas yg tersendiri.trendster gitu.selalunya kalau mamat tu balik kampung dari melaka,kami akan berentap dalam permainan fifa yg selalunya saya kalah.cis.kadang2 iju akan mencelah permainan kami dan saya akan beat the crap of iju dalam fifa.terkenal dgn sifat emo,iju akan mudah emo.dah la time tu dia baru belaja dgr band2 emo.paling lawak band a static lullaby dia boleh bantai sebut statik labu-labi.kebiasanya bila kami melepak di warung mj,iju akan pulang awal kerana tak dapat permission lepak lama. Biasnya alasan iju sungguh “lame” dan uncool spt “ aku kena tolong mak aku berniaga” dan sebagainya. Walupun jam menunjukan pukul 11 malam. Haha. Tapi itu cerita zaman dulu.kini iju telah menjadi seorang yg patriotik dan menyertai pasukan tentera udara sebagai pasukan penyelamat.gila kool padahal dulu hip hop lepas tu emo.dah tu laa ni dah tererr main muzik.siap ajar saya bermain drum lagik.

“iju tu mak cik kena carikan jodoh”;

kata kak noor ibu iju.saya hanya tersenyum bila saya bertembung kak noor dan abg azmi recently.paling best mak iju telah membeli katil pelamin dan mengecat bilik iju dan kaler yg ghairah eg pink. Tahniah iju.boleh gua makan nasi minyak lepas ni.husin juga akan bertunang dgn gadis pilihan beliau pada hujung tahun ni.paling awal sekali teman saya,yan akan melansungkan perkahwinan pada bulan march nanti.pada teman2 yg lain bila hangpa mau kaween?? Especially manot dan jack!!

lol

Wednesday, October 28, 2009

update post raya

hujan dari petang tadi masih lagi membasahi disebuah pekan di daerah perak.malam2 begini
adalah waktu kegemaran saya.bunyi-bunyi kompleks synth dan guitar yg melodic membuatkan
saya berada dalam trance.track-track dari caspian masih lagi bermain di stereo sambil ditemani
secawan milo panas. perasaan yang sungguh tenang dan menyegarkan~ walaupun seketika
namun saya puas.dapat lari dari realiti.escapism

kehidupan saya masih statik.masih lagi terikat dgn rutin 12 belas berkerja sehari.pada hari ahad
saya terpaksa mengahadiri kelas tutorial disebuah IPTS.sungguh letih dan memenatkan.saya
berharap agar usaha2 di waktu muda ini tak sia-sia
1

Saturday, August 22, 2009

memory remains

ewah tajuk post lagu metallica pulak.haha.ok sewaktu saya berusia belasan tahun bulan puasa mgm fun.fun bukan sebab tak dapat makan dan minum tapi sebab byk aktiviti menarik dimalam hari.bg tau parents konon2 nak pegi berterawih (pegi tapi tak complete 20 raakat) :P

aktiviti yg paling ditunggu oleh saya dan teman2 sekampung dulu ialah bermain meriam tin dan tanah.iyelah kat kampung kami mana ada buluh.payah nak cari.so guna tin sebagai alternatif.paling saya tak lupa dimana kami dikejar polis kerana bermain meriam di hutan sebelah masjid. gila aah


baazar ramadan

baazar ramadan merupakan tempat untuk mencari jodoh
- "abu"

saya bersetuju dgn kata abu.siapa abu? nanti saya story siapa abu di entry yg lain.ok kalau dikampung baazar ramadan yg paling happening ialah di taman sebelah,yakni tapak pasar malam tmn perpaduan.saya suka ke sana sebab dapat bertemu dgn ramai gadis-gadis comel dan lebih byk pilihan utk membeli juadah berbuka puasa berbanding di kampung

lain2 aktiviti disepanjang bulan yg mulia termasuklah berbuka puasa bersama teman2 sekolah menegah dulu.ini lah masanya utk saya ketemu semula dgn teman2 sekolah.aktiviti wajib dijalankan setiap tahun.kire mcm reunion gitu

akhir kata selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita semua di rahmati Tuhan.

Monday, August 17, 2009

Plan utk cuti akan datang

Saya hendak berjalan2 ke utara pada hujung tahun ini. Kemungkinan akan pusing2 ke penang,kedah dan perlis.tour naik bus dan keretapi.pasti cool kan?saya akan travel secara solo.bawak travel bag,sleeping bag dan D-SLR.lepak pantai layan view bintang2.snap gambar tempat yg akan saya lawati.meet new people on the way.new culture perhaps? Saya sudah muntah menghadap komputer dan melayan kerenah mat dan minah urban.

Thursday, June 11, 2009

Sambungan entri band fictional # 2

Sambungan entri band fictional # 2



3) School Of Rock
Band substitute jack black setelah direject/ditendang keluar dalam no vacancy.self proclaim true rocker yg percaya rock mampu mengubah dunia.terdesak untuk mendapatkan wang,jack menyamar sebagai rakannya dgn menjadi guru disebuah sekolah rendah dan seterusnya merekrut band member dari sana. lagi persembah terbaik dari jack black.zach lead guitar band ini mgm punya style dan skill


4) Rocket Boys – Anime Beck
Ini antara lagu fictional kegemaran saya.rocket boys adalah the hives dalam real world.band yg menjadi idola saitiou-san,lelaki tua yang mengajar koyuki bermain gitar didalam beck dan mempengaruhi hala tuju music koyuki dgn british rock.siap bagi koyuki pinjam les paul copy dan white falcon sebelum koyuki mempunyai gitar sendiri iaitu fender telecaster dan epihone SG.clip dibawah adalah sempena sebuah pesta featuring saitou san band dan koyuki + maho.


That all yg saya dapat ingat.rasanya byk lagik fictional band.go find out yourself