Saturday, August 22, 2009

memory remains

ewah tajuk post lagu metallica pulak.haha.ok sewaktu saya berusia belasan tahun bulan puasa mgm fun.fun bukan sebab tak dapat makan dan minum tapi sebab byk aktiviti menarik dimalam hari.bg tau parents konon2 nak pegi berterawih (pegi tapi tak complete 20 raakat) :P

aktiviti yg paling ditunggu oleh saya dan teman2 sekampung dulu ialah bermain meriam tin dan tanah.iyelah kat kampung kami mana ada buluh.payah nak cari.so guna tin sebagai alternatif.paling saya tak lupa dimana kami dikejar polis kerana bermain meriam di hutan sebelah masjid. gila aah


baazar ramadan

baazar ramadan merupakan tempat untuk mencari jodoh
- "abu"

saya bersetuju dgn kata abu.siapa abu? nanti saya story siapa abu di entry yg lain.ok kalau dikampung baazar ramadan yg paling happening ialah di taman sebelah,yakni tapak pasar malam tmn perpaduan.saya suka ke sana sebab dapat bertemu dgn ramai gadis-gadis comel dan lebih byk pilihan utk membeli juadah berbuka puasa berbanding di kampung

lain2 aktiviti disepanjang bulan yg mulia termasuklah berbuka puasa bersama teman2 sekolah menegah dulu.ini lah masanya utk saya ketemu semula dgn teman2 sekolah.aktiviti wajib dijalankan setiap tahun.kire mcm reunion gitu

akhir kata selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita semua di rahmati Tuhan.

2 comments:

MJ said...

Jom celen meriam wei! Hahaha.

azim and his melancholic dream said...

bring it on baby