Wednesday, June 13, 2007

‘Ilham tarikh pilihan raya boleh datang tiba-tiba’

BANGI 12 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa beliau masih belum mendapat ilham bila tarikh pilihan raya umum akan diadakan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, ilham itu boleh datang dengan tiba-tiba.

‘‘Ilham datang mana boleh ditentukan masanya. Ia datang tiba-tiba,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Desas-desus mengenai pilihan raya umum akan diadakan pada masa terdekat timbul kembali berikutan laporan mengenai ekonomi negara yang memberangsangkan selain berita gembira pernikahan Perdana Menteri dengan Datin Seri Jeanne Abdullah minggu lalu.

Kenaikan gaji kakitangan awam antara 7.5 hingga 42 peratus yang berkuat kuasa 1 Julai ini menguatkan lagi desas-desus berkenaan

Bagaimanapun, Abdullah sebelum ini menafikan kenaikan gaji itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum.

Sebaliknya, tegas Perdana Menteri, kerajaan telah lama menimbangkan permintaan untuk menaikkan gaji kakitangan awam tetapi tidak dapat membuat keputusan pada masa lalu kerana ketika itu kerajaan tidak mempunyai kemampuan kewangan.

Sementara itu, ketika ditanya lebih lanjut mengenai tarikh pilihan raya, Perdana Menteri secara berseloroh berkata: ‘‘Sekarang ekonomi baik dan saya pun sudah kahwin... mereka (akhbar) akan tanya bila akan ada pilihan raya.’’

source by

utusan malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


election can be happened at any time now and i not yet register to be a voter


No comments: