Saturday, September 22, 2007

kehidupan saya dahulu cukup mengembirakan

Adakalanya saya tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan saya yg masih dibuai mimipi dan fantasi.Saya fikir dahulu saya tidaklah byk menghabiskan masa dengan menatap skrin komputer dan melakukan lain2 aktiviti yg sering dilakukan oleh geeks.saya masih ingat hampir dua setengah tahun dahulu.dimana ketika itu saya baru sahaja menamatkan pegajian saya disebuah kolej.ketika itu saya tinggal bersendirian disebuah rumah milik keluarga saya yg tidak berpenghuni.setelah saya amati hampir enam –tujuh bulan saya tidak melakukan seberang aktiviti sepenuh masa dan saya hanya membuat freelance kerja2 komputer dan membantu menguruskan perniagaan keluarga.kehidupan saya pada waktu itu sangat megembirakan saya.kerana semua teman-teman saya berada disamping saya ketika itu.selalunya mereka akan datang melepak rumah saya untuk bermain permainan video,mendegar koleksi kaset dan cd saya dan menonton televisyen atau menonton siaran langsung liga juara2 eropah sambil memekik pada pagi hari.jika tidak melepak dirumah saya,kami biasanya melepak di kebun pisang berhadapan rumah seorang teman saya sambil bermain gitar dan bernyanyi di jalanan sambil mengusik gadis2 kilang yg pulang dari kerja.sesudah itu kami akan meneruskan aktiviti yg tidak memberi seberang manfaat ke kedai kopi yg berhampiran terutamanya di 'Abe" atau ke "Pak Yob". sesi melepak kami akan berakhir sekitar pukul 3-4 pagi ketika tuan punya restoran sedang bersiap untuk menutup perniagaan

Terus terang saya katakan,itu ialah saat yg paling manis dalam hidup saya.depressi boleh pergi jahanam.saya dan teman2 saya hanya bergembira sepanjang hari.walaupun ada segilintir teman saya berkerja dan belajar terpaksa memulakan hari mereka dengan tidak cukup tidur.namun kini seorang demi seorang teman saya mula meninggalkan kampung utk mencari kehidupan yg lebin baik dan meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi.terbaru kini hanya tinggal seorang teman sekampung saya yg masih tinggal di bandaraya ipoh.


ohh yaa.saya baru selsai membuat turun siri TV dari Amerika iaitu Prison Break.cukup megemparkan!!!

1 comment:

FAD RMLN said...

kehidupan sy yg lalu cukup mengembirakan juga.