Saturday, August 25, 2007

malam yg sedikit melankolik

Saya baru lepas pulamg dari Gerbang Malam di bandaraya ipoh.setelah melakukan sedikit shopping dan juga window shopping saya melangkah keluar dari tempat yg sungguh sesak dengan semua jenis golongan dari muda,dewasa sehingga ke golongan pakcik-makcik.setiap kali saya ke gerbang malam atau TKK(taman kanak-kanak panggilan yg selesa dikalangan teman-teman saya,tidak lengkap lah sekiranya saya tidak sehingga ke sebuah gerai yg diberi nama,AH Yoong stall.biasanya di ah young,saya akan menikmati segelas Air Jagung saya kira sungguh istimewa dan re-freshing.bagi mereka yg tidak tahu bagaimana bentuk dan rasa air jagung,bayangkan ianya spt sirap bandung dan ditambah Jagung ala krim serta Ais krim vanilla.oh ya.saya mula melepak di gerai ini dari zaman akhir menegah sampai lah saya menamatkan kursus Diploma dalam bidang Informasi Teknologi dari kolej yg berhampiran.

Kini saya berada di rumah ibu bapa saya yg berhampiran pasir putih sambil mendengar muzik linkin park yg dimuat turun oleh adik saya di PC keluarga yg berada di ruang tamu.Wow saya dapati linkin park sudah mula berevolusi dan bunyi gitar yg kedengaran sedikit vintage.not bad.saya akui saya yg saya meminati band linkin park sewaktu awal remaja dan lain2 band rapcore spt Limp Bizkit,Papa Roach dan lain-lain sebelum influence muzik saya berubah apabila mendengar muzik-muzik bawaan scene seattle.Tapi setelah saya amati,Turnover saya pada evolusi muzik bermula dengan band bernama Bloody Mary dan Muck.Selepas mendengar muzik bloody Mary yg saya beli pada tahun 2002,ianya telah Berjaya untuk blow away muzik2 rapcore yg saya agung-agungkan selama ini.Saya harus berterima kasih pada rakan sekolah saya iaitu Mohd Adam yg Berjaya meracuni jiwa saya dengan muzik2 sebegini dan juga Mohd Jayzuan yg mengajar saya tentang muzik indie rock dan lofi.

No comments: